Wanita tua dan rocking chair

Worry is like a rocking chair–it gives you something to do but it doesn’t get you anywhere.
Al-kisah ada seorang wanita yang tersangat tua tinggal bersendirian ditemani oleh seekor kucing jantannya. Suatu petang sedang dia duduk-duduk menghitung hari di atas rocking chair di hadapan rumahnya sambil mengusap dan membelai kucing jantan kesayangannya, dia terimbas kembali kenangan zaman mudanya. Kalaulah dapat diputarkan waktu ke zaman itu alangkah bahagianya. Bisiknya di dalam hati. Tiba-tiba menjelma sang pari-pari di hadapannya dan memberitahunya bahawa dia boleh memohon 3 permintaan dan permintaannya akan dimakbulkan.
“Well, sekarang,” ujar wanita tua itu. “Aku ingin menjadi seorang yang terkaya sekali.”
Tingggg….
|
|
Rocking chair bertukar emas padu. Solid gold tuuu… |
“Yang kedua… tentulah aku ingin menjadi seorang puteri muda belia lagi jelita.”
Tinggg….
|
|
Wanita tua itu bertukar menjadi seorang puteri jelita. Malah lebih cantik dari puteri-puteri lagenda yang lain. Hehehe melebih-lebih la pulakkk… |
“Permintaan ketiga anda?” pari-pari itu bertanya. Pari-pari gembira melihat wanita tua itu sudah bertukar menjadi seorang puteri yang teramat cantik.
Di waktu yang sama, kucing kesayangan wanita itu terjun dari pangkuannya dan bermain-main sendirinya di kawasan berhampiran.
“Ooh… boleh tak tukarkan kucing tu kepada handsome prince?” Tanya tuan puteri yang jelita lagi rupawan itu.
Tinggg…
|
|
Di hadapannya, berdiri seorang jejaka muda lagi handsome than anyone could possibly imagine la katakan… prince charming ghitewww…. |
Tuan puteri memandang prince charmingnya dengan penuh debaran. Jantungnya berdegup dup dap dup dap (ada getaran tuuu). Senyuman prince charming membuatkan seluruh anggotanya menjadi lemah. Senyuman dan pandangan matanya mempersonakan. Prince charming melangkah gagah ke arah Tuan Puteri lalu menghampirinya.

“Bet you’re sorry you had me neutered.” Prince charming berbisik ke telinga Tuan Puteri.
Tuan Puteri menjadi kesal lalu beralih kepada pari-pari. Sayang sekali, pari-pari sudah menghilangkan diri kerana tugasnya sudah selesai.
Sekiranya anda diberi peluang membuat 3 wishes… apa permintaan anda?

























